Thursday, April 29, 2010

Nak keje ke tak?

salam again....

Bulan 24 Mac yang lepas saya terima surat tawaran kerja sebagai Pegawai Psikologi. Seronoknya rasa masa tu. kenapa rasa seronok? Sebab yang utama sebab dapat belajar untuk hidup berdikari. Setakat nie, hidup saya dan suami banyak dibantu oleh keluarga mentua. memang rasa terhutang budi sangat dengan mereka especially mak mertua sebabnya dia yang banyak bantu saya masa pregnant sampailah bila dah dapat anak nie. nak sangat rasa hidup berdikari. Masa di UIA dulu pun takdelah berdikari sangat pun sebabnya rumah along dekat. So, bila rasa bosan duduk UIA balik rumah along. bila susah sikit, minta tolong along.Saya nak belajar hidup berdikari sebab kalau kita tak rasa sendiri susahnya hidup, kita takkan berapa mensyukuri segala apa yang kita dapat. bila kita tak pernah rasa susah, kita macam tak berusaha untuk perbaiki hidup kita sekarang. ada orang, bila dia hidup susah masa kecil, dia tekad untuk ubah nasib hidup dia di masa hadapan. tapi, ada juga orang yang pasrah je dengan kehidupan dia, takde usaha untuk perbaiki tapi harapkan orang lain yang tolong ubah. saya dalam golongan yang mana? Ntahlah. tapi yang pasti, saya nak berusaha untuk perbaiki hidup saya dan keluarga. Firstly, sebab saya nak sediakan keperluan yang cukup untuk Aufa. Memandangkan he is only 5 month back then, he does not require much as he is still breastfeeding. Secondly, saya nak tolong mak yang bekerja keras untuk sekolahkan saya dulu. Saya tahu betapa penatnya kerja di kedai makan sebab saya pernah tolong mak saya di kedai masa kecil dulu. Even sekarang pun bila saya balik seremban, saya tetap akan tolong. Tapi, itulah rezeki yang Allah tetapkan untuk mak.
Bila dah fikir macam tu, saya tekad nak keje even though saya tahu yang saya akan ditempatkan di mana-mana sahaja di Malaysia ni. Surat letak jawatan pun dah dihantar. On 15th April saya lapor diri di Putrajaya. Masa tu seronok campur risau. Seronok sebab nak mula kerja aru. Risau sebab bimbangkan Aufa nanti masa saya tengah briefing. Aufa tak minum susu dalam botol even susu yang saya perah. Masa tu pula saya baru nak ajar dia makan. So, agak payah juga la nak tinggalkan Aufa lama-lama. Satu lagi saya bimbang akan susahkan keluarga mertua nanti bila Aufa menangis nak susu. Sedih juga masa tu tapi bila fikirkan saya buat semua nie untuk dia, saya tabahkan juga hati ni. Nasib baik briefing hari tu setengah hari je, so boleh jumpa Aufa cepat sikit. Rindu sangat kat dia masa kat dalam dewan. Tak tenang masa dengar briefing, asyik fikir Aufa macam mana kat hotel dengan Atin, Tok Bad and Abahnya. Tengah lapar ke, nangis ke. Lagi satu saya tak tenang sebab tak tau posting kat mana. JPA bagi surat penempatan last sekali. Bila terima surat, saya ditempatkan di Kementerian Pengajian Tinggi. Excited jugalah masa tue, sebabnya ingatkan duduk area Putrajaya je.
Esoknya, saya lapor diri di KPT. Masa tu Aufa saya tinggalkan di rumah pengasuh Akif n Yaya kat rumah along. Lagi sekali rasa sedih dan risau. Di KPT, saya ddapt tahu yang saya ditempatkan di Politeknik Port Dickson. Jauhnya.... Memanglah rumah parents saya di Seremban, tapi macam mana nak pergi kerja. Kalau nak naik bas, ambil masa yang agak lama. Kalau ayah hantar, still akan sampai lewat sebab pergi sekali masa hantar Fitri ke sekolah. Timbul lagi satu masalah. Masa di KPT, saya dan beberapa kenalan baru cuba minta tukar denagn Officer bahagian politeknik. Kami nak minta tukar ke tempat yang lebih mudah; untuk saya husband suruh minta kat kuantan or selangor. Tapi kedua-duanya tiada kekosongan. Yang dekat Kuantan, saya kena tunggu setahun lagi baru boleh tukar. Sepatutnya, hari Jumaat tu saya kena lapor diri di Poli P.d tapi saya minta pengangguhan sampai 26 April untuk fikirkan pros and cons kalau kerja di situ. lepas dah bincang saya buat keputusan untuk lepaskan jawatan tue. Rasa sedih dan rugi sebabnya bukan senang nak dapat kerja government. Ada orang interview sampai 3, 4 kali baru dapat kerja. Saya pula, dah dapat peluang tu, tapi tak dapat nak teruskan. nak buat macam mana? rasional saya adalah kalau kerja kat situ saya akan susahkan ramai orang, mungkin juga itu adalah petunjuk dari Allah yang saya tak sesuai kerja di situ. Insyaallah, rezeki ada di mana-mana.
Well, now i am a full time housewife without a house. hehehe. belum ada rezeki lagi nak duduk rumah sendiri. hopefully soon. as of now, saya apply kerja sebagai guru di sekolah agama swasta di kawasan selangor dan lagi satu sebagai peg psikologi juga tapi di ump. tapi, saya lagi minat mengajar daripada kerja admin. insyaallah, ada rezeki saya dalam salah satu drpd semua yang saya apply.

Aufa yang ceria


Gambar nie diambil masa umur Aufa 2 1/2 bulan. Masa ambil gambar tu bercakap skali ngan dia kononnya nak suruh dia senyum. Banyak jugak ambil sebelum dia senyum macm nie. Bila dapat snap yang nie, rasa seronoknye. Terfikir juga nak buat baby first album, tapi sampai sekarang tak start lagi. Hari tu sibuk ngan keje. tapi sekarang bila dah tak berkerja, rasa malas plak nak buat. nak beli yang segera punya kat kedai buku. and then, tampal je gambar2 Aufa.

Kenapa saya dan suami pilih nama Aufa Najmi. Ramai yang kata nama tu macam perempuan. Nama Aufa dan Najmi, kedua-duanya boleh digunakan untuk perempuan dan lelaki. Maksud Aufa: yang setia atau yang menunaikan janji. Najmi: bintangku. Husband yang pilih nama ni. katanya nama nie sedap didengar. mula-mula tak tahu nak letak nama apa sebagai sambungan. esoknya, husband kata kita letak nama najmi lah. Aufa najmi bin Afif. Rasa macam tak kena je nama tu bila disebut. mungkin sebab nama husband pendek sangat kot. bila dah daftar nama kat JPN baru suami cerita kenapa pilih najmi. Sebabnya ialah kerana dia kata nak letak nama anaknya Patrick Starfish sempena nama kawan baik spongebob. Huband memang suka sanga dgn Patrick nie. Tapi saya kata tak boleh. so, sebagai ganti kepada patrick starfish husband pun letaklah nama najmi. macam tak percaya je itulah sejarah nama Aufa Najmi. after a while, saya tanya semula pada husband tapi katanya dia saja je reka benda tu. mana ada parents yang nak letak nama yang takde maksud untuk anaknya. dan itu memberi nama yang baik kepada anak adalah suatu tanggungjawab juga kepada ibu bapa. kenapa? kerana, nama yang baik memebri maksud yang baik. bila ada nama yang baik, kita akan sentiasa panggil anak kita dengan perkataan yang baik. harapannya adalah anak kita akan menjadi sebaik nama yang diberi. macam mana dengan panggilan manja untuk anak? tiada salahnya untuk memanggil dengan panggilan manja yang lain seperti boboy atau baby asalkan tidak memberi maksud yang buruk. Untuk anak saya, nama manjanya ialah "oppa". Husband yang start panggil Aufa dengan panggilan oppa. Kenapa Oppa? Sebabnya dalam bahasa Korea oppa bermaksud abang. Aufa adalah anak sulung lelaki, so rasanya sesuai juga la kot kalau nak panggil Oppa. Hehehe.