Wednesday, June 2, 2010

Aufa oh aufa....




Salam...
Minggu nie Aufa akan masuk 7 bulan. Aufa pun dah mula makan nasi. Bukan nasi je tau. Macam-macam yang Aufa dah makan including kek, kaya, ayam, ikan, biskut, coklatetc. Tak padan ngan umur Aufa nie bila bab makan. Sekarang nie Aufa dah makin manja. Dulu rasanya takdelah selalu nangis macam sekarang nie. Dulu, kalau letak dia kejap kat bawah untuk buat kerja lain, Aufa okey je main dengan kawan baik dia (Patrick Starfish of course...). Sekarang nie, tak boleh tinggal sorang kejap. Kalau dia baring, kita kena duduk kat sebelah dia, main-main ngan dia. Kalu tinggal sorang, start lah menangis. Kalau dia nangis takde air mata, takdelah layan sangat. Tapi, bila dengar suara sayu dia menangis, tambah pulak air mata mengalir, tak sampai hati pula nak biarkan macam tue. Aufa aufa... Tu lah, layankan lagi bila dia nangis. Bila saya tak layan, Atin dia pujuk. Bila Atin tak pujuk, MAk Ngah pujuk. Bila Mak Ngah tak pujuk, Mak Cik Hanan pujuk. Bila mak Cik Hanan tak pujuk, Pak Tam yang pujuk. Bila Pak tam tak pujuk, saya pulak yang pujuk. Ramai sangat yang manjakan Aufa nie. Tu yang makin menjadi-jadi tue.
Sekarang nie, Aufa tak boleh tengok orang pakai tudung atau pun berdiri. Seabnya, dia ingat orang nak pegi jalan. Tadi, saya tengah test tudung ngan kerongsang tok wi, dia menangis minta didukung. Padahal, tadi elok je baring kat bawah. Alahai Aufa... Nak kena ulit awak je lah sepanjang hari. Nasib baiklah sekarang nie saya tak keje. Kalau kerja, confirm lemau. Lagi satu, Aufa dah pandai cakap "bah bah". Kalau abah dia dengar, confirm kembang. Bilalah Aufa nak cakap "ma ma" plak nie? Setakat nie, pernah jugak lah dia cakap mak and mi. Ada sekali tu, dia menangis bunyi "mmi". Masa happynye walaupun ia keluar secara tak sengaja. Tapi still happy sebab rasa macam dia panggil kita. Huhu.