Friday, May 21, 2010

mandi time!



Bestnye mandi..
Quack quack....




kenduri kawin Atam...


Date: 14 Mac 2010
Location: Tmn Cengal Utama, Seremban

Ni adalah kali keempat rumah kitorang ada kenduri kawin. Along bulan 3, 2006. Aku punya bulan 12 2007. Angah; bulan 11 2008 and Atam; bulan 3, 2010. Setiap tahun ada kenduri kawin. Tapi selepas Atam, lambat lagi rasanya rumah kitorang nak buat kenduri kawin lagi. Fitri baru 8 tahun. Aku pernah cakap kat mak; Rumah kita tiap-tiap tahun ada kenduri kahwin.Memandangkan semua yang legal untuk kawin dah settle, lepas ni mak kumpul cucu la pulak. Mak dapat cucu pun tiap-tipa tahun. Januari 2007 dapat Akif. Januari 2oo8 dapat Alia. November 2009 dapat Aufa. And bulan Jun tahun nie dapat anak angah and kak fida pulak. Masa kenduri ni, Dayah (isteri Atam) dah rasa loya-loya. Diorang dah nikah masa bulan februari yang lepas. Beberapa hari selepas kenduri atam cakap yang Dayah dah pregnant sebulan. Mak n ayah dapat lagi sorang cucu hujung tahun ni.Tapi 8 Mei hari tu Atam kata dayah miscarriage. Doktor kata baby tak membesar dan takde degupan jantung baby. Sedih plak rasa. Tapi takpe, pasni ada peluang lagi, Insyaallah.

upacara mencukur rambut oppa...

Rambut Aufa sebelum dicukur.

Aufa the Loyal Star. Rambut penuh dengan Gillette Shaving foam.
Separuh botak.
Aufa dah botak!!!

Thursday, May 20, 2010

Tazkirah: bagaimana menenangkn hati dan jiwa

Di dalam ajaran Islam semua masalah, ada jalan penyelesaiannya atau jalan keluar untuk mengatasi masalah, faham atau tidak sahaja atau mahu atau tidak kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat, penyelesai semua masalah. Al Quran ada menyatakan:

FIRMAN ALLAH:

“Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi ubat dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi”.

Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya. Allah SWT ada menyebut dalam Al Quran bahawa orang mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran Islam atau ajaran Allah.

FIRMAN ALLAH:

“Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata-kata kami dengar dan kami patuh.

Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, berkira dengan orang Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam sangat susah. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada Allah SWT dan Rasulnya, lebih liat lagi. Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya Allah SWT memberitahu di dalam satu ayat berbunyi:

“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.”

Di sini tahulah kita ubat hati tidak tenang ialah banyak mengingati Allah SWT. Apabila banyak meningati Allah SWT, jika tidak tenang atau terasa kosong. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi;
“Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.”
Maksudnya, orang menolak atau melupai Tuhan serta tidak faham apa yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa yang Allah lakukan pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah, resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.

Taken from saifulnizam.blogspot and regenesi0206.hadithuna.com
Thanx a lot....

Kembar Oppa

Ni la kembar Oppa; Patrick Starfish.

pregnant?



Date: 13 Mac 2009
Location: IIUM clinic
Time: Around 11 a.m kot

Masa tu sepatutnya ada kelas counselling psychology tapi it was cancelled. Mula-mula tak plan pun nak pegi buat pregnancy test sebab macam tak yakin yang saya pregnant. Tapi pegi jugak sebab nak confirmation. Masa jumpa doktor, saya cuma bagitau yang saya dah dua bulan tak period. Dia tanya dah kahwin ke blum. bila saya jawab dah, dia terus suruh buat pregnancy test. masa tu ada lagi dua orang yang buat prenancy test. I was the last person to know. While i was waiting, pakcik tu tanya sama ada saya pernah buat pregnancy test sebeum nie. Saya jawab pernah, but it was last year. Dia tanya sebab dia ingat nama hujung saya, which is Muzee. After 3 minutes, the result came and i was told it was positive. I was like, WHAT? This was my conversation with the lab assistant:
Lab assistant: Tahniah! Awak pregnant.
Me: Hah! Yeke? Tipu nie?
Lab assistant: Lah tak caya pulak. Tengok ni. ( He was pointing at the pregnancy test)
Me: (Nervously looking at the pregnancy test) Ohhh.....
Lab assistant: Nape? Tak suke ke?
Me: Suka. Cuma terkejut je. Sebab tak habis belajar lagi.
Lab assistant: Takpe. Sebelah pegang buku, sebelah lagi pegang baby.
Me: Okaylah. Terima kasih yek

Pastu saya balik semula ke clinic untuk jumpa doktor. Masa tunggu, saya call afif tapi dia tak angkat sebab tengah dalam kelas. Pastu saya call along. Along pun terkejut. Along tanya saya macam mana. Saya kata okay je. Masa tu rasa cam nak nangis je. Tak tau la sebab apa; happy, risau, takut; semua tu ada. Happy sebab nak dapat baby, takut sebab nak bersalin nanti sakit, risau sebab taktau dah ready ke belum untuk jadi seorang ibu. Along kata janganlah risau sangat sebab dia akan tolong apa yang dia termampu. Rasa terharu sangat. Lepas dapat ubat, terus g jumpa afif kat library. Masa on the way, baru terfikir sebab kenapa asyik rasa tak sedap badan, asyik lapar, rasa loya. Hmmm. Mengandung rupanya.
Bila bagitau afif, dia buat tak tau je. Tak excited pun! Tak sama pun macam dalam t.v. Dalam t.v. husband diorang sampai melompat-lompat suka isteri dia mengandung. Tapi lakiku tak macam tu pon. Sedih woo. Tapi masa tu dia tengah bz study untuk midterm exam. Understandable lah. Study is the priority. Afif kata jangan bagitau mak mertuaku dulu. Sebab dia nak buat suprise la kononnya. Kebetulan pulak minggu tu memang kitorang plan nak balik kuantan. Tapi tak sempat pun nak buat suprise, Afif dah excited sangat nak bagitau kat family dia. Mak saya along yang tolong bagitau sebab saya tak berani nak bagitau kat mak. Mak kata jangan mengandung selagi tak habis. Oppss... sori mak. Tapi nasib baik masa tu saya dalam final year, last semester . So takdela problematic sangat kot.
During the 1st three month, asyik rasa tak sedap badan. Dalam kelas pun layu je. Ada sekali tu rasa penat sangat, saya pun call along sambil baring kat masjid UIA. Masa tu memang rasa tak larat sangat sampai menangis gak la. Telefon along untuk mengadu la kononnya. (Hish.. ngada-ngada tul). Orang kata masa mengandung nie la nak manja-manja. Tapi ngan alongku setiap masa boleh manja cuma dilayan ke tak je. Wahaha. Along kata biasalah tu untuk orang mengandung. Kena tabah la sikit. ingatkan rasa mengandung ni best; tetapi tidak semuanya indah rupanya. So, tabahkan je la hati, badan dan mental.
Alhamdulillah, saya dapat menempuhi tempoh mengandung selama 10 bulan. Aufa keluar lewat 8 hari daripada E.D.D. Seronoknya bila ada baby walaupun penat sikit. Aufa baby yang ceria. Tak susah sangat nak jaga dia especially waktu pantang sebab dia tak banyak meragam. Sekaran Aufa dah pantai meniarap dan dia selalu jerit. Bukan jerit marah/mengamuk tapi jerit kegeraman. Hehe.