Sunday, March 28, 2010

dah ada anak ke?

Hari: Rabu
Tarikh: 10 Mac 201.
Tempat: Sekolah (SMAI)
Jam: lebih kurang 7.50 pagi

Dah dua hari bersuti sebab Aufa tak sihat. So, hari Rabu start keje balik. Kalau ikutkan hati, rasa macam nak sambung cuti sampai cuti sekolah. Tapi mengenangkan banyak kerja yang belum settle lagi, kena rajinkan juga diri ni.
Pagi Rabu tu macam biasa, sampai sekloah dalam jam 7.45 pagi. Terus pergi thumb print. And then, ambil Aufa dari atinnya. Kendong si kecil tu dengan beg laptop bersandang kat belakang dan beg Aufa tersangkut kat bahu. Memang lenguh rasa badan. tapi hati rasa puas. on the way to nursery, ada parent student form 5 parking tepi pejabat. (Sepatutnya parent tak boleh masuk sampai ke dalam kawasan sekolah. Tapi ramai je parent yang tak mendengar kata). Sebelum melintas si ayah ni tadi, saya perasan riak muka dia. Dalam hati saya dah berkata yang ayah budak nie mesti ingat aku nie budak sekolah tapi dah ada anak. Dan memang itu yang telah berlaku. Si ayah ni tadi pun tanyalah saya " eh, dah ada anak ke?". Saya pun jawab la sambil tersenyum, " Saya cikgu, bukan budak sekolah". Macam mana parent boleh confuse yang saya ni budak sekolah, sebabnya ialah masa tu saya pakai baju KRS. saya belum dapat lagi yang utk guru punya. Tapi disebabkan saya kena pakai uniform KRS pada hari Rabu, saya pakailah T-shirt yang serupa dengan student. tambahan pula, saya ni tak berapa tinggi. Tinggi pun lebih kurang macam budak sekolah. Kadang-kadang jumpa budak sekolah rendah yang lagi tinggi. Segan pula rasa. Tapi saya tak kisah pun. Sebabnya, bila orang kata macam tu, maknanya saya ni nampak muda la kan? Hehehe.
itulah salah satu pengalaman yang lucu semasa mengajar di SMA al-irsyad ni.
Minggu depan adalah minggu terakhir saya di SMAI. Rasa sedih pula nak tinggalkan; sebab dah selelsa kat sini. walau apapun, life must go on. we have to choose the best for ourselves. Sounds selfish, but we have to pursue what we think would give us more benefit.
Sampai sini saja coretan untuk kali ni. We'll post again soon!

No comments:

Post a Comment