Thursday, April 29, 2010

Aufa yang ceria


Gambar nie diambil masa umur Aufa 2 1/2 bulan. Masa ambil gambar tu bercakap skali ngan dia kononnya nak suruh dia senyum. Banyak jugak ambil sebelum dia senyum macm nie. Bila dapat snap yang nie, rasa seronoknye. Terfikir juga nak buat baby first album, tapi sampai sekarang tak start lagi. Hari tu sibuk ngan keje. tapi sekarang bila dah tak berkerja, rasa malas plak nak buat. nak beli yang segera punya kat kedai buku. and then, tampal je gambar2 Aufa.

Kenapa saya dan suami pilih nama Aufa Najmi. Ramai yang kata nama tu macam perempuan. Nama Aufa dan Najmi, kedua-duanya boleh digunakan untuk perempuan dan lelaki. Maksud Aufa: yang setia atau yang menunaikan janji. Najmi: bintangku. Husband yang pilih nama ni. katanya nama nie sedap didengar. mula-mula tak tahu nak letak nama apa sebagai sambungan. esoknya, husband kata kita letak nama najmi lah. Aufa najmi bin Afif. Rasa macam tak kena je nama tu bila disebut. mungkin sebab nama husband pendek sangat kot. bila dah daftar nama kat JPN baru suami cerita kenapa pilih najmi. Sebabnya ialah kerana dia kata nak letak nama anaknya Patrick Starfish sempena nama kawan baik spongebob. Huband memang suka sanga dgn Patrick nie. Tapi saya kata tak boleh. so, sebagai ganti kepada patrick starfish husband pun letaklah nama najmi. macam tak percaya je itulah sejarah nama Aufa Najmi. after a while, saya tanya semula pada husband tapi katanya dia saja je reka benda tu. mana ada parents yang nak letak nama yang takde maksud untuk anaknya. dan itu memberi nama yang baik kepada anak adalah suatu tanggungjawab juga kepada ibu bapa. kenapa? kerana, nama yang baik memebri maksud yang baik. bila ada nama yang baik, kita akan sentiasa panggil anak kita dengan perkataan yang baik. harapannya adalah anak kita akan menjadi sebaik nama yang diberi. macam mana dengan panggilan manja untuk anak? tiada salahnya untuk memanggil dengan panggilan manja yang lain seperti boboy atau baby asalkan tidak memberi maksud yang buruk. Untuk anak saya, nama manjanya ialah "oppa". Husband yang start panggil Aufa dengan panggilan oppa. Kenapa Oppa? Sebabnya dalam bahasa Korea oppa bermaksud abang. Aufa adalah anak sulung lelaki, so rasanya sesuai juga la kot kalau nak panggil Oppa. Hehehe.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis..nama anak kite sama laa. Ank sulung sy jgk nama Syed Muhammad Aufa����. Dh 3y 4m umurnya skg.Mmg panggil Aufa... adiknya Afif ... stkat ni bru 2 boy je ank sy. :)

    ReplyDelete